18 January 2008

Perempuan dan Lelaki

LELAKI
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:
1. Lelaki bujangan menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, sementara dosa anak gadis ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki yang sudah berumah tangga menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum pernah kawin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
3. Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggung-jawab atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya, terutama anak lelaki yang tua, tetapi perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Istri berbuat baik kepadanya diberikan pahala kalau berbuat sebaliknya dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami wajib memberikan nafkah pada isteri, tapi istri tidak. Walaupun begitu istri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri,lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin istri. Banyak lagi... Bayangkan betapa beratnya dosa-dosa yang harus ditanggung seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kalau kita kaji nyawa perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat karena tak kuat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi seorang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Sebagai seorang lelaki pasti anda tahu, kalau tak tahu makanya jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
PEREMPUAN
1. Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Perempuan perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah,
tetapi tidak sebaliknya.
3. Perempuan kesaksianya kurang dibanding lelaki.
4. Perempuan menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Perempuan wajib taat kepada suaminya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Perempuan kurang dalam beribadat karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Perempuan perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Perempuan menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak anak. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan bila wafat kerana melahirkan adalah mati syahid. Manakala dosanya dosa kecil, dosanya diampun ALLAH.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 perempuan ini :
1. Istrinya,
2. Ibunya,
3. Anak perempuannya,
4. Saudara perempuannya.
Manakala seorang perempuan ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
1. Suaminya,
2. Ayahnya,
3. Anak lelakinya,
4. Saudara lelakinya.
Seorang perempuan boleh memasuki pintu Syurga melalui mana pintu Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat saja:
- Shalat wajib 5 waktu,
- Puasa di bulan Ramadhan,
- Taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah...

No comments:

Search Box

Dewangga on YouTube


on 30th March 2008 in Bandung, West Java, Indonesia.

LAWAN Virus HIV Aids!

LAWAN Virus HIV Aids!
Peduli sesama. Peduli generasi masa depan.

Waspadai segala bentuk kecenderungan korupsi!!

Waspadai segala bentuk kecenderungan korupsi!!
Jl. H.R. Rasuna Said Kav C-1, Jakarta 12920, Telp. (021 ) 2557 8389 , Faks. (021) 5289 2454 Latitude : 6°12'44.18"S, Longitude: 106°49'51.47"E